~AsIffAH Ya Sohabat~

kenangan indah bersama tersemat di qalbu...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Duhai sahabatku...
ku pohon beribu-teribu kemaafan...
andai keputusanku ini membuatkan antunna semua terguris hati...
bukan ku mahu merenggangkan ukhwah kita...
tapi ketahuilah bahawa diriku hanya ingin mencari suasana belajar yang baru...

sahabatku...
walau kita dah jauh beribu batu,,,
tapi kenangan bersamamu tersemat diqalbuku..
bukan mudah untuk melupakan kamu...
kerana ana dah buat perjanjian denganmu...
supaya ukhwah fillah ini menjadi ukhwah selamanya dalam dirimu....




sahabatku...
tidak ada makna perpisahan...
selagi hayat dikandung badan...
melainkan kematian....
yang melanda seseorang....
walaupun begitu doa masih berhubung dengan kalian...
selagi diingati teman-teman....

sahabatku...
teruskan perjuangan...
walau dirimu dilanda badai yang bisa menggoyangkan keimanan...
kuatkan semangatmu duhai teman...
andai ingin menggapai kejayaan...
ingat STAM akan datang...
SPM dah lama kita tinggalkan...
ana harapkan...
moga antunna MUMTAZ FI IMTIHAN.....
insyaallah...BARAKALLAHUFIKUM....


~TeRuSkaN PeRjUanGan~



wahai pejuang2 parti islam,
jgn mdh tenggelam dgn anasir2 yg x berprikemanusian,
trskn perjuangan agar parti PAS dijulang,
hukum HUDUD dpt dilaksanakan,
walau bnyk tentangan,
depa semua x taw syariat islam,
hukum hudud bknnya membebankan,
tapi sebenarnya memberi pengajaran..
andai terlaksananya apa yg dirancang,
insyaALLAH mlysia slmt drpd kes2 yg menular skrg...
pencuri dipotong tgn,penzina diberi hukuman,
sama ada direjam smpai mati atau dikenanakan sebatan,
mengikut keslhn yg dilakukan...
tuan puan,dato' dan datin sekalian,
hukuman di ats bkn sewenang-wenang dilakukan...
tanpa saksi hkmn tersbt x dpt dilaksanakan....
islam bkn menyeksakan umat sekalian...
tapi tujuannya hnya satu,utk melaksanakan perintah yg tlh ditetapkan di dalam al-quran.....
maaflah andai tersinggung perasaan,
hati ini dah lama geram...
kpd org2 yg menolak hukum islam...
bkn apa,kata nk slmtkan negara drpd pencerobohan...
tapi kita sendiri yg x bngkit utk memperjuangkan...
renung2kan......

^^ Yang Ku Cari ^^



¤ Yang Dicari, Walau bukan Putera Raja/. .
Asal Sedaap di Pandang Mata. . .

¤ Yang di Impi, Biar Tak punya rupa Puteri Ratu, 
Biarlah Putera/Puteri  yang berAgama...


¤ Yang di Nilai bukan Sempurna Sifat Jasmani,
 Asal Sehat Rohani & Sempurna Hati...    


¤ Yang di Harap Bukan Jihad pada Semangat,
 Asal Perjuangannya ada Matlamat...



¤ Yang Datang Tak Perlu Rijaal/mujahid yang Gemilang,
 
Kerana Ana Srikandi/annisa yang penuh dengan Kesilapan...


¤ Yang di Tunggu Bukan Kemesraan dalam Hubungan,
Tapi Ikatan yang Halal yang Penuh Senyuman & Pengertian...

¤ Yang di Nanti Bukan Lamaran Permata,
Cukuplah dengan Akad dan janji yang Setia...

¤ Yang Akan Terjadi Andai Tak Sama dengan Kehendak Hati,

Ana REDHA dengan Ketetapan Illaahi,

Karena itu Ketentuan sejak Azali. . ."Ya Allah, Sesungguhnya Aku 
Mohon Kepada-Mu Petunjuk, Ketaqwaan, Kesucian Diri dan Kekayaan Jiwa".
(HR. Imam Muslim, Tirmidzi, dan Ibnu Majah)


P/s : Untuk Akhi wa Ukhti yang Mencari
& Menantikan Cinta yang Halal, Bersabarlah,
Dan Berikhtiarlah melaui Ta'aruf (No Pacaran)...
Kerana Kau akan Mendapatkan Pasangan yang Sesuai dengan Karakter  

&  Sifatmu,
Yang akan Saling Melengkapi & saling Mengasihi...
Yakinlah, "Semua akan Indah Pada Waktunya". . .(^_^)
Insya ALLAH. . .


Warkah Untuk Kak Long

           kak longku,
RAMADHAN akan pergi,
AIDILFITRI akan tiba esok hari,
ku sangkakan pelangi menjelma lagi,
saat kau pulang untuk meraikan hari kebesaran penduduk bumi,
tahun ini semua sangkaanku tidak menjadi,
bila mengetahui dirimu tak dapat beraya dengan kami,

pilu hati ini,
tanpamu di pagi hari,
untuk memohon kemaafan atas kesilapan yang dilakukan sepanjang hidup kami.

               kak longku,
dirimu terlalu dinanti oleh kami,
kerana kaulah anak sulung dalam keluarga ini,
yang sering melakukan pengorbanan tanpa henti,
sehingga kau berjaya di persada duniawi,
untuk menjadi seorang doktor yang bertauliah satu hari nanti.


               kak longku,
esok hari kebesaran bagi penduduk bumi di asia,
iaitu AIDILFITRI sebagai kemenangan untuk umat islam sekarang ini,
ingatkan dapat menyambut denganmu lagi,
tapi semuanya tidak menjadi,
ku akur dengan takdir ILLAHI,
kerana kita tidak dapat bersua untuk tahun ini.


           Kak longku,
hanya ini dapat ku beri,
sebagai ingatan di AIDILFITRI,
ampunkan segala kekhilafan diriku ini,
andai terkasar bahasa sehingga menyakiti hati.



               ~salam lebaran daripada kami~                        ~kami sentiasa merinduimu~
                     ~moga berada dalam keberkahan ILLAHI~



Wanita Dengan Mahar Termahal Di Dunia



Get Flower-Graphics">                                    
Jadilah diri anda lebih lembut 
                                                                
daripada tiupan angin yang sepoi-sepoi    
                                                               
dan lebih tinggi cita-citanya di dunia
                                                                        
daripada bintang di langit


         Abu Talhah mengajukan pinangan untuk menikahi Ummu Sulaim binti Mulhan.Dia menawarkan mahar yang mahal.Tetapi dia sangat terkejut dan lidahnya menjadi kelu ketika Ummu Sulaim berkata"Sesungguhnya tidak mungkin aku menikahi lelaki musyrik.Bukankah kamu mengetahui ,wahai Abu Talhah,bahawa tuhan-tuhan kamu dipahat oleh Abu Fulan dan apabila kamu membakarnya,maka dia akan terbakar??
        Abu Talhah merasakan tekanan  yang sangat berat.Lalu,dia pun pergi begitu saja dan hampir tidak percaya pada apa yang dilihat dan didengarnya.Akan tetapi kerana cintanya,Abu Talhah kembali lagi dengan membawa mahar yang lebih besar dan janji kehidupan yang lebih menyenangkan,dengan harapan hati Ummu Sulaimtunduk dan menerimanya.Namun Ummu Sulaim berkata dengan sopan-santun:"Lamaran anda tidak sepatutnya ditolak wahai Abu Talhah,namun anda adalah kafir sedangkan aku adalah wanita muslimah.Tidak boleh dan tidak sah bagiku untuk menikah denganmu."Abu Talhah berkata:"Apa yang kau inginkan?"Ummu Sulaim bertanya balik:Apa keinginanku?"Abu Talhah bertanya:"Apakah emas dan permata?"Ummu Sulaim menjawab:"Aku tidak menginginkan emas atau permata tetapi yang aku inginkan adalah islam daripadamu."Abu Talhah bertanya:"Siapa yang dapat menuntunku untuk itu?"Ummu Sulaim menjawab:"Rasuluallah S.A.W yang dapat menuntun untukmu."
        Bergegaslah Abu Talhah menuju untuk bertemu Rasuluallah S.A.W yang ketika itu sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya.Ketika Rasuluallah S.A.W melihat Abu Talhah,beliau berkata:"Telah datang kepadamu Abu Talhah,sedang kedua matanya memancarkan sorotan cahaya islam."
        Abu Talhah telah datang  kepada Rasuluallah S.A.W dengan menceritakan apa yang diperkatakan oleh Ummu Sulaim.Akhirny Abu Talhah pun menikahi Ummu Sulaim dengar mahar seperti yang dimintanya,iaitu memeluk agama islam.
        Sesungguhnya wanita itu adalah teladan bagi setiap wanita yang menginginkan kemuliaan dan berusaha meraih keutamaan.Lihatlah bagaimana dia menuliskan ayat-ayat indah dalam biografi kehidupannya,bersama tanda-tanda kemuliaan dan bukti-bukti keimanan.Betapa besar pahalanya dihadapan ALLAH.Bagaimana dia meninggalkan pujian yang indah dan memilih pahala yang besar yang penuh kebekatan.Yang demikian itu kerana dia jujur pada Tuhannya,jujur pada dirinya dan jujur pada manusia.Selamat buat Ummu Sulaim dengan kenikmatan kekal yang akan dialaminya dan betapa beruntungnya dia kerana mendapatkan semua yang disukainya.
            
           ~Tersenyumlah jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu~ 

Mencintai-NYA sepenuh hati



Get ISLAMIC-Graphics">


        Hubungan hati yang kuat & roh yang sentiasa hidup segar dengan keimanan yang mantap adalah perkara yang terpenting di dalam kehidupan orang Muslim serta muslimah yang sejati.
        Saidina Ali Bin Abi Talib pernah menyebut:"ALLAH mempunyai bejana di bumi ini,iaitu hati yang paling lembut,paling bersih & paling cekal." Kemudian Saidina Ali memberikan penerangan maksud perkataanya dengan mengatakan "Paling cekal dalam beragama, paling bersih dalam keyakinannya & paling lembut terhadap saudaranyanya."
        Hatinya sangat sensitif,halus sebening rasa & jernih sesuci embun pagi terhadap dirinya kepada ALLAH SWT.Setiap detik & seketika ,jiwanya tidak pernah leka & alpa untuk sentiasa melihat tahap & keadaan jiwa dalam hatinya . Bagaimana tahap kecintaannya kepada ALLAH SWT??Adakah dia telah mematuhi segala perintah ALLAH SWT dengan sempurna??Adakah dirinya selalu berusaha melawan tuntutan hawa nafsu yang sering mengajak ke lembah dosa & noda??
        Setiap pagi yang hening & sunyi,Muslim & Muslimah sejati memperuntukkan saat-saat berharga menghadapkan seluruh jiwa & wajahnya di hadapan ALLAH SWT.Di pagi subuh yang dingin,digagahi diri untuk bermunajat, serta berdoa sepenuh jiwa memohon keampunan & rahmat daripada ALLAH SWT.
        Di saat ini,dia merayu & mengadu segala lintasan hati,cetusan  perasaan,kepayahan,
kesakitan,keampunan & cita-cita yang tertanam di dalam sanubarinya terhadap ILLAHI.  Dipersembahkan doa yang diulang-ulang dengan penuh pengharapan,perhambaan & permohonan.Tidak ketinggalan dengan penuh kehibaan & tangisan merayu kepada-NYA hidayah,taufik,pertolongan,kelurusan, keredhaan & penerimaan amal.
        Mencintai ALLAH SWT itu adalah sesuatu yang sangat manis & mahal harganya.Malah itu tidak boleh dijual beli.Mahabbatullah adalah suatu anugerah,kurniaan & pemberiaan yang sangat istimewa kepada hamba-hamba-NYA yang terpilih.Bersyukurlah kepada ALLAH SWT & panjatkanlah  setinggi-tinggi kesyukuran atas kurniaan nikmat ini.
       Mahabbatullah akan hadir dengan rahmat-NYA di atas usaha & ikhtiar  hamba - hamba ALLAH SWT yang bermujahadah melawan tuntutan hawa nafsu yang jijik,keji & kotor.Mahabbatullah adalah suatu keyakinan yang membulat terhadap ALLAH SWT yang dihiasi dengan kepasrahan & kebergantungan sepenuhnya terhadap segala ketentuan & ketetapan ALLAH SWT.
       Marilah dengan penuh kerendahan, kehambaan & ketawadukkan kita berusaha untuk menjadi hamba  Rabbani, mencintai-NYA sepenuh hati.

Cinta Monyet

   Memalukan betul apabila manusia bercinta seperti monyet.Lebih memalukan lagi apabila monyet pun terperanjat memerhatikan manusia bercinta kerana nak merasakan keseronakan,sanggup bergayut sampai 1/3malam,alangkah baiknya kita bermunajat kepada PENCIPTA Alam...

jangan mudah prcaya dengan lafaz cinta yang diberikan

   Realiti yang terpaksa ditelan (maafkan ana wahai adeq-adeq yang dikasihi),cinta ketika di alam persekolahan hampir semuanya tipuan & cubaan.Jarang sekali yang berakhir dengan perkahwinan.Belajar pun mak ayah yang tanggung.
Percayalah,inilah ujian ALLAH yang diuji kepada setiap jiwa remaja.Setiap naluri remaja tak terkecuali menghadapi antara dugaan terbesar ini.Tiada hamba yang dapat lari daripa ujian-NYA.Bahkan budak tahfiz pun boleh jatuh cinta kepada si perempuan angkara tidak dapat menepis hasutan syaitan di qalbu yang penuh dengan keislaman..NAUZUBILLAH MIN ZALIK...

  Setiap ketaatan belum teruji,ibarat emas belum dikenal keasliannya sebelum dilebur & dibakar dengan api.Semakin sayang ALLAH pada kita,semakin diuji iman kita kepada-NYA sama ada kita bisa menempiskan ujian itu atau tidak.Sejauh mana dapat menghadapi ujian ini,itulah ganjaran pahala yang akan diperoleh.Namun dirawat-NYA dengan sebaik-baik penawar itulah ketenangan.

  Walaupun cinta itu soal hati & perasaan,bukan mainan....namun memilih jodoh & pernikahan bukanlah perkara yang remeh & boleh dimain-mainkan.Jika tidak tergadai agama & masa depan sendiri.

  Bahkan,perkahwinan adalah suatu keputusan yang besar.Hendak berkahwin keluarga melarang,hendak dibiarkan lama-lama,nanti diambil orang.Ironinya,jika tiada niat untuk berkahwin,cinta itu sudah pasti bukan kerana ALLAH."YA ALLAH!bantulah diriku ini....andai dia bukan milikku,bawalah dia jauh daripada pandanganku,luputkanlah ia daripada ingatanku,peliharalah & tabahkan aku daripada kekecewaan"

  Siapa yang pernah frust bercinta ketika alam persekolahan,tahulah betapa peritnya.Kecewanya adalah natijah daripada cinta yang kecundang.Air mata lelaki yang mahal itu pun akhirnya menitis dengan murahnya....YA  ALLAH,YANG MAHA MENGERTI,berikanlah daku kekuatan menolak bayangnya jauh daripada hidupku.Pengalaman serta ujian berpisah dengan orang yang dikasihi cukup menyedihkan,dunia terasa sempit,dada terasa mencengkam,menyesakkan batin,terganggu untuk khusyuk dalam solat,tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang &.......Oh TUHAN!Rupa-rupanya hidup ini suatu perjalan panjang,semalam yang telah pergi & berlalu ada catatan daripada kisah yang pilu.Namun,itulah kehidupan & suratan.Pengalaman banyak mengajar bahawa apabila bermudah dengan cinta & mudahlah nanti untuk membakar diri.Begitulah,kita dapat menyerap semua iktibar dengan cepat apabila kita merasai & mengalaminya.

  Memang aneh,orang yang boleh menyakitkan hati ialah dia yang pernah kita cintai.Dia yang sering menghadiahi sekuntum senyuman.Ketika ini,lupa segala sumpah setia,habis aku janji & melayang terbang lafaz sehidup semati yang dimeterai.Dulu kata rindu,sekarang kata benci.Hinggakan kita yang dikecewakan seolah-olah dia tidak pernah kita kenali.Getus hati, sanggup dia (monyet??) berpaling tadah.

  Sudah menjadi lumrah,apabila jatuh hati kepada seseorang.belum tentu diri
memilikinya.Maka,disinilah pentingnya doa,barangkali ini suatu ujian.Namun, putus cinta dengan si dia,tersambung cinta dengan ALLAH.SUBHANALLAH....seringkali kita alpa....siapa yang paling menyintai kita??Siapakah yang kita terlupa atau sia-siakan selama ini??

  Benarlah seperti kata Ibnu 'Atoilah al-Askandari R.A (pengarang kitab AL-Hikam),bahawa setiap yang berlaku dalam hidup ialah mehnah yakni didikan terus daripada ALLAH dalam bentuk ujian demi ujian.Ujian hidup datang dengan pelajaran.Pelajaran itu pula datang bersama tuntutan perubahan..