Wanita Dengan Mahar Termahal Di Dunia



Get Flower-Graphics">                                    
Jadilah diri anda lebih lembut 
                                                                
daripada tiupan angin yang sepoi-sepoi    
                                                               
dan lebih tinggi cita-citanya di dunia
                                                                        
daripada bintang di langit


         Abu Talhah mengajukan pinangan untuk menikahi Ummu Sulaim binti Mulhan.Dia menawarkan mahar yang mahal.Tetapi dia sangat terkejut dan lidahnya menjadi kelu ketika Ummu Sulaim berkata"Sesungguhnya tidak mungkin aku menikahi lelaki musyrik.Bukankah kamu mengetahui ,wahai Abu Talhah,bahawa tuhan-tuhan kamu dipahat oleh Abu Fulan dan apabila kamu membakarnya,maka dia akan terbakar??
        Abu Talhah merasakan tekanan  yang sangat berat.Lalu,dia pun pergi begitu saja dan hampir tidak percaya pada apa yang dilihat dan didengarnya.Akan tetapi kerana cintanya,Abu Talhah kembali lagi dengan membawa mahar yang lebih besar dan janji kehidupan yang lebih menyenangkan,dengan harapan hati Ummu Sulaimtunduk dan menerimanya.Namun Ummu Sulaim berkata dengan sopan-santun:"Lamaran anda tidak sepatutnya ditolak wahai Abu Talhah,namun anda adalah kafir sedangkan aku adalah wanita muslimah.Tidak boleh dan tidak sah bagiku untuk menikah denganmu."Abu Talhah berkata:"Apa yang kau inginkan?"Ummu Sulaim bertanya balik:Apa keinginanku?"Abu Talhah bertanya:"Apakah emas dan permata?"Ummu Sulaim menjawab:"Aku tidak menginginkan emas atau permata tetapi yang aku inginkan adalah islam daripadamu."Abu Talhah bertanya:"Siapa yang dapat menuntunku untuk itu?"Ummu Sulaim menjawab:"Rasuluallah S.A.W yang dapat menuntun untukmu."
        Bergegaslah Abu Talhah menuju untuk bertemu Rasuluallah S.A.W yang ketika itu sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya.Ketika Rasuluallah S.A.W melihat Abu Talhah,beliau berkata:"Telah datang kepadamu Abu Talhah,sedang kedua matanya memancarkan sorotan cahaya islam."
        Abu Talhah telah datang  kepada Rasuluallah S.A.W dengan menceritakan apa yang diperkatakan oleh Ummu Sulaim.Akhirny Abu Talhah pun menikahi Ummu Sulaim dengar mahar seperti yang dimintanya,iaitu memeluk agama islam.
        Sesungguhnya wanita itu adalah teladan bagi setiap wanita yang menginginkan kemuliaan dan berusaha meraih keutamaan.Lihatlah bagaimana dia menuliskan ayat-ayat indah dalam biografi kehidupannya,bersama tanda-tanda kemuliaan dan bukti-bukti keimanan.Betapa besar pahalanya dihadapan ALLAH.Bagaimana dia meninggalkan pujian yang indah dan memilih pahala yang besar yang penuh kebekatan.Yang demikian itu kerana dia jujur pada Tuhannya,jujur pada dirinya dan jujur pada manusia.Selamat buat Ummu Sulaim dengan kenikmatan kekal yang akan dialaminya dan betapa beruntungnya dia kerana mendapatkan semua yang disukainya.
            
           ~Tersenyumlah jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu~ 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.