6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam AL-GHAZALI.

wahai muslimahku,peliharalah mulutmu,kerana mulut
mudah membawamu ke neraka..NAUZUBILLAH MIN ZALIK...


~Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban & kesalahan orang lain.Jika kemarahan tidak dapat dikawal,ia boleh menimbulkan hasad & dendam.

~Suka mendengar & mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi & kehormatan seseorang.

~Mahu bersaing & menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh & rendah.

~Disebabkan dengki,dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dar ipadanya,seperti dinaikkan gaji & pangkat.

~Bergurau & suka melawak untuk mencela dengan mengatakan kelemahan orang & kecacatan hingga mengaibkan orang tersebut.

~Sikap suka mengejek & mencela disebabkan rasa bongkak & sombong kerana memandang rendah kepada orang lain. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.