Get ISLAMIC-Graphics">
Hubungan hati yang kuat & roh yang sentiasa hidup segar dengan keimanan yang mantap adalah perkara yang terpenting di dalam kehidupan orang Muslim serta muslimah yang sejati.
Saidina Ali Bin Abi Talib pernah menyebut:"ALLAH mempunyai bejana di bumi ini,iaitu hati yang paling lembut,paling bersih & paling cekal." Kemudian Saidina Ali memberikan penerangan maksud perkataanya dengan mengatakan "Paling cekal dalam beragama, paling bersih dalam keyakinannya & paling lembut terhadap saudaranyanya."
Hatinya sangat sensitif,halus sebening rasa & jernih sesuci embun pagi terhadap dirinya kepada ALLAH SWT.Setiap detik & seketika ,jiwanya tidak pernah leka & alpa untuk sentiasa melihat tahap & keadaan jiwa dalam hatinya . Bagaimana tahap kecintaannya kepada ALLAH SWT??Adakah dia telah mematuhi segala perintah ALLAH SWT dengan sempurna??Adakah dirinya selalu berusaha melawan tuntutan hawa nafsu yang sering mengajak ke lembah dosa & noda??
Setiap pagi yang hening & sunyi,Muslim & Muslimah sejati memperuntukkan saat-saat berharga menghadapkan seluruh jiwa & wajahnya di hadapan ALLAH SWT.Di pagi subuh yang dingin,digagahi diri untuk bermunajat, serta berdoa sepenuh jiwa memohon keampunan & rahmat daripada ALLAH SWT.
Di saat ini,dia merayu & mengadu segala lintasan hati,cetusan perasaan,kepayahan,
kesakitan,keampunan & cita-cita yang tertanam di dalam sanubarinya terhadap ILLAHI. Dipersembahkan doa yang diulang-ulang dengan penuh pengharapan,perhambaan & permohonan.Tidak ketinggalan dengan penuh kehibaan & tangisan merayu kepada-NYA hidayah,taufik,pertolongan,kelurusan, keredhaan & penerimaan amal.
kesakitan,keampunan & cita-cita yang tertanam di dalam sanubarinya terhadap ILLAHI. Dipersembahkan doa yang diulang-ulang dengan penuh pengharapan,perhambaan & permohonan.Tidak ketinggalan dengan penuh kehibaan & tangisan merayu kepada-NYA hidayah,taufik,pertolongan,kelurusan, keredhaan & penerimaan amal.
Mencintai ALLAH SWT itu adalah sesuatu yang sangat manis & mahal harganya.Malah itu tidak boleh dijual beli.Mahabbatullah adalah suatu anugerah,kurniaan & pemberiaan yang sangat istimewa kepada hamba-hamba-NYA yang terpilih.Bersyukurlah kepada ALLAH SWT & panjatkanlah setinggi-tinggi kesyukuran atas kurniaan nikmat ini.
Mahabbatullah akan hadir dengan rahmat-NYA di atas usaha & ikhtiar hamba - hamba ALLAH SWT yang bermujahadah melawan tuntutan hawa nafsu yang jijik,keji & kotor.Mahabbatullah adalah suatu keyakinan yang membulat terhadap ALLAH SWT yang dihiasi dengan kepasrahan & kebergantungan sepenuhnya terhadap segala ketentuan & ketetapan ALLAH SWT.
Marilah dengan penuh kerendahan, kehambaan & ketawadukkan kita berusaha untuk menjadi hamba Rabbani, mencintai-NYA sepenuh hati.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.