6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam AL-GHAZALI.

wahai muslimahku,peliharalah mulutmu,kerana mulut
mudah membawamu ke neraka..NAUZUBILLAH MIN ZALIK...


~Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban & kesalahan orang lain.Jika kemarahan tidak dapat dikawal,ia boleh menimbulkan hasad & dendam.

~Suka mendengar & mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi & kehormatan seseorang.

~Mahu bersaing & menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh & rendah.

~Disebabkan dengki,dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dar ipadanya,seperti dinaikkan gaji & pangkat.

~Bergurau & suka melawak untuk mencela dengan mengatakan kelemahan orang & kecacatan hingga mengaibkan orang tersebut.

~Sikap suka mengejek & mencela disebabkan rasa bongkak & sombong kerana memandang rendah kepada orang lain. 


Hikmat Membaca Ayat AL-Kursi

selamat beramal


  • Barang siapa membaca ayat AL-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,ALLAH SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga ke subuh.
  • Barang siapa membaca ayat ALKursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan ALLAH SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat AL-Kursi di akhir setiap sembahyangnya,insyaALLAH dipermudahkan untuknya jalan ke syurga & barang siapa membacanya ketika hendak tidur,ALLAH SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya & ahli rumah-rumah disekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat AL-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu,ALLAH SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar,pahala nabi-nabi & ALLAH melimpahkan padanya Rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat AL-Kursi sebelum keluar  rumahnya,maka ALLAH SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya & mereka (Malaikat) semua memohon keampunan & mendoakan kepada kita.
  • Barang siapa yang membaca ayat AL-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya ALLAH SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.