Memalukan betul apabila manusia bercinta seperti monyet.Lebih memalukan lagi apabila monyet pun terperanjat memerhatikan manusia bercinta kerana nak merasakan keseronakan,sanggup bergayut sampai 1/3malam,alangkah baiknya kita bermunajat kepada PENCIPTA Alam...
 |
jangan mudah prcaya dengan lafaz cinta yang diberikan |
Realiti yang terpaksa ditelan (maafkan ana wahai adeq-adeq yang dikasihi),cinta ketika di alam persekolahan hampir semuanya tipuan & cubaan.Jarang sekali yang berakhir dengan perkahwinan.Belajar pun mak ayah yang tanggung.
Percayalah,inilah ujian ALLAH yang diuji kepada setiap jiwa remaja.Setiap naluri remaja tak terkecuali menghadapi antara dugaan terbesar ini.Tiada hamba yang dapat lari daripa ujian-NYA.Bahkan budak tahfiz pun boleh jatuh cinta kepada si perempuan angkara tidak dapat menepis hasutan syaitan di qalbu yang penuh dengan keislaman..NAUZUBILLAH MIN ZALIK...
Setiap ketaatan belum teruji,ibarat emas belum dikenal keasliannya sebelum dilebur & dibakar dengan api.Semakin sayang ALLAH pada kita,semakin diuji iman kita kepada-NYA sama ada kita bisa menempiskan ujian itu atau tidak.Sejauh mana dapat menghadapi ujian ini,itulah ganjaran pahala yang akan diperoleh.Namun dirawat-NYA dengan sebaik-baik penawar itulah ketenangan.
Walaupun cinta itu soal hati & perasaan,bukan mainan....namun memilih jodoh & pernikahan bukanlah perkara yang remeh & boleh dimain-mainkan.Jika tidak tergadai agama & masa depan sendiri.
Bahkan,perkahwinan adalah suatu keputusan yang besar.Hendak berkahwin keluarga melarang,hendak dibiarkan lama-lama,nanti diambil orang.Ironinya,jika tiada niat untuk berkahwin,cinta itu sudah pasti bukan kerana ALLAH."YA ALLAH!bantulah diriku ini....andai dia bukan milikku,bawalah dia jauh daripada pandanganku,luputkanlah ia daripada ingatanku,peliharalah & tabahkan aku daripada kekecewaan"
Siapa yang pernah frust bercinta ketika alam persekolahan,tahulah betapa peritnya.Kecewanya adalah natijah daripada cinta yang kecundang.Air mata lelaki yang mahal itu pun akhirnya menitis dengan murahnya....YA ALLAH,YANG MAHA MENGERTI,berikanlah daku kekuatan menolak bayangnya jauh daripada hidupku.Pengalaman serta ujian berpisah dengan orang yang dikasihi cukup menyedihkan,dunia terasa sempit,dada terasa mencengkam,menyesakkan batin,terganggu untuk khusyuk dalam solat,tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang &.......Oh TUHAN!Rupa-rupanya hidup ini suatu perjalan panjang,semalam yang telah pergi & berlalu ada catatan daripada kisah yang pilu.Namun,itulah kehidupan & suratan.Pengalaman banyak mengajar bahawa apabila bermudah dengan cinta & mudahlah nanti untuk membakar diri.Begitulah,kita dapat menyerap semua iktibar dengan cepat apabila kita merasai & mengalaminya.
Memang aneh,orang yang boleh menyakitkan hati ialah dia yang pernah kita cintai.Dia yang sering menghadiahi sekuntum senyuman.Ketika ini,lupa segala sumpah setia,habis aku janji & melayang terbang lafaz sehidup semati yang dimeterai.Dulu kata rindu,sekarang kata benci.Hinggakan kita yang dikecewakan seolah-olah dia tidak pernah kita kenali.Getus hati, sanggup dia (monyet??) berpaling tadah.
Sudah menjadi lumrah,apabila jatuh hati kepada seseorang.belum tentu diri
memilikinya.Maka,disinilah pentingnya doa,barangkali ini suatu ujian.Namun, putus cinta dengan si dia,tersambung cinta dengan ALLAH.SUBHANALLAH....seringkali kita alpa....siapa yang paling menyintai kita??Siapakah yang kita terlupa atau sia-siakan selama ini??
Benarlah seperti kata Ibnu 'Atoilah al-Askandari R.A (pengarang kitab AL-Hikam),bahawa setiap yang berlaku dalam hidup ialah mehnah yakni didikan terus daripada ALLAH dalam bentuk ujian demi ujian.Ujian hidup datang dengan pelajaran.Pelajaran itu pula datang bersama tuntutan perubahan..