AIDILFITRI akan tiba esok hari,
ku sangkakan pelangi menjelma lagi,
saat kau pulang untuk meraikan hari kebesaran penduduk bumi,
tahun ini semua sangkaanku tidak menjadi,
bila mengetahui dirimu tak dapat beraya dengan kami,
pilu hati ini,
tanpamu di pagi hari,
untuk memohon kemaafan atas kesilapan yang dilakukan sepanjang hidup kami.
kak longku,
dirimu terlalu dinanti oleh kami,kerana kaulah anak sulung dalam keluarga ini,
yang sering melakukan pengorbanan tanpa henti,
sehingga kau berjaya di persada duniawi,
untuk menjadi seorang doktor yang bertauliah satu hari nanti.
kak longku,
esok hari kebesaran bagi penduduk bumi di asia,iaitu AIDILFITRI sebagai kemenangan untuk umat islam sekarang ini,
ingatkan dapat menyambut denganmu lagi,
tapi semuanya tidak menjadi,
ku akur dengan takdir ILLAHI,
kerana kita tidak dapat bersua untuk tahun ini.
Kak longku,
hanya ini dapat ku beri,sebagai ingatan di AIDILFITRI,
ampunkan segala kekhilafan diriku ini,
andai terkasar bahasa sehingga menyakiti hati.
~salam lebaran daripada kami~ ~kami sentiasa merinduimu~
~moga berada dalam keberkahan ILLAHI~
camat hari rayer kak long...jgn cdih2 tau,insyaALLAH yhn dpn kita berayer bersama-sama...cyang kak long...mmmmmmmmmmmmmuahhhhhhhhhhh
ReplyDelete